Awas! Zakar Sukar Ereksi Petanda Ada Penyakit Serius

Walaupun gangguan zakar sukar ereksi bukanlah topik pembicaraan yang sering dibincangkan diantara lelaki, penyakit ini diam-diam ternyata mempengaruhi dua per tiga lelaki berusia 45 tahun ke atas di negara Australia. Satu kajian membuktikan bahawa 61% lelaki di sana menderita disfungsi ereksi dalam pelbagai peringkat.


Disfungsi Ereksi adalah gangguan seksual di mana zakar tidak boleh tegang dengan keras saat berhubungan intim walaupun saat itu pesakit sedang terangsang kerana mendapat rangsangan seksual dari pasangan. Jika keadaan tersebut berlaku hanya sesekali saja maka doktor biasanya menyebutnya normal atau paling tidak berada di tahap yang ringan.

Disfungsi Ereksi baru dianggap teruk jika terjadi terus menerus pada hampir semua kesempatan berhubungan seks. Jika itu yang terjadi, pesakit perlu membuat pemeriksaan ke doktor untuk mencari tahu penyebabnya. Tapi pada umumnya, penyebabnya berkaitan dengan kesihatan fizikal.

Ya, disfungsi ereksi bukan hanya masalah seks di ranjang saja. Banyak bukti menyebutkan bahawa zakar sukar ereksi adalah semacam amaran awal bahawa anda kemungkinan sedang mengalami penyakit serius seperti kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi (hipertensi), diabetes atau arteri yang rosak yang boleh menyebabkan terjadinya serangan jantung dan stroke.


Apakah zakar sukar ereksi disebabkan oleh adanya masalah psikis atau faktor kesihatan fizikal?


Dulu kita menganggap disfungsi ereksi disebabkan oleh 80% masalah psikologi atau kejiwaan dan 20% masalah kesihatan. Tapi sekarang kita semua tahu bahawa masalah psikologi memang boleh menyebabkan seorang lelaki mati pucuk tapi peratusan sangat kecil.

Untuk mengetahui apakah masalah disfungsi ereksi yang dialami disebabkan faktor psikis, perhatikan ereksi di pagi hari atau noctural erection. Jika masih ada dan keras bermakna penyebabnya adalah masalah psikologi.

Faktor situasi juga boleh menyebabkan disfungsi ereksi. Gejalanya kelihatan jika ereksi sukar terjadi saat bercinta dengan pasangan tapi ketika onani sendiri, zakar boleh mengeras dengan sempurna.

Jika penyebabnya adalah faktor fizikal, maka keadaan tersebut akan berlaku sepanjang masa, ertinya zakar tetap sukar ereksi apabila cuba bercinta atau masturbasi. Semua lelaki yang mengalami disfungsi ereksi teruk hampir pasti disebabkan oleh masalah kesihatan fizikal.

Semua lelaki perlu memahami bahawa disfungsi ereksi adalah sebuah gejala lain dari penyakit tertentu seperti sakit dada atau sakit kepala yang perlu dikaji lebih dalam untuk mengetahui pencetusnya.


Apakah ada hubungan antara usia dengan disfungsi ereksi?


Disfungsi Ereksi boleh terjadi pada semua peringkat umur, dan biasanya penyebabnya berbeza-beza. Misalnya pengaruh ubat, penyalahgunaan alkohol, kanser prostat, atau kekurangan hormon testosteron. Hal-hal tersebut boleh terjadi pada semua lelaki tanpa melihat usianya.

Pada lelaki berusia 80 tahun ke atas pada umumnya akan mengalami mati pucuk. Saat itu, fungsi tubuh sudah banyak yang menurun termasuk fungsi ereksi. Seiring dengan bertambahnya usia, semua lelaki akan mengalami peningkatan prevelansi menderita disfungsi ereksi, dan sebahagian besar penyebabnya adalah gangguan pada sistem vaskular (pembuluh darah).

Ini bukan bermakna mereka mengidap penyakit jantung pada masa itu, tetapi faktor-faktor yang membawa kepada terjadinya serangan jantung pertama-tama akan muncul di zakar. Jadi, kualiti ereksi zakar boleh menjadi pengukur untuk mengetahui adanya gangguan jantung atau tidak.

Untuk mendapatkan ereksi atau mempertahankannya, zakar perlu meningkatkan aliran darah sebanyak 10 atau 15 jali ganda, dan tidak ada organ tubuh lain yang seperti itu. Artinya, jika ada hal sekecil apapun yang mengganggu sistem vaskular maka akan terlihat dari kualiti ereksi zakar.

Ada bukti kuat dikalangan penyelidik, jika anda mengalami masalah ereksi ketika berusia 30, 40 atau 50-an tahun, ia bermakna anda berisiko mempunyai masalah jantung pada lima tahun ke depan. Bahkan jika anda mengalami disfungsi ereksi ringan, itu sudah menjadi penunjuk adanya risiko penyakit jantung di masa depan.




SELUAR DALAM BIO MAGNET - Cara Mudah Merawat Masalah & Fungsi Seksual Lelaki Dengan Gelombang Elektromagnet Yang Sihat

Write a comment

Comments: 1
  • #1

    obat tradisional angina pectoris (Wednesday, 04 November 2015 14:23)

    regular visits to this blog, every time I visit this blog affection discover new things. thank you very much for the information has been given.